AMARAN KERAS!

ini blog aku so ikut suke aku la nak update pasal ape2 pon diri aku ke cinta aku ke gossip aku ke...kepada stalker yg tidak menyukai ape yg ditulis/dipost sile stop membace blog ni!

segala post/gambar adelah copyright

sekian terima kasih

Wednesday, July 23, 2008

Orang Yang Mencintai Kamu..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamulalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,
bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke
majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang
kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan
bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan
sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di
tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang
lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


sila like :P www.tips-fb.com

6 comments:

napieHK said...

macam mana aku nak tau?
kang perasan lak ye tak?

kalu x berbalas..die kecik ati x?

am_am_am said...

kalau kita tanye nape dia syg kita dia ade alasan, means dia xsyg kita la eh? ayat dia pening..wiu3

Anonymous said...

macam pnah baca somewhere...
huu...
bek ltak credit..
kang dorg sue kang..
huhu~
jus a piece of advice.get on ur blog through ur friendssss...which i dont even know,tp just hit and then get some reading material blabalbala...

nice template u have btw..
huhu~

Syafiq Habib said...

two words; ereen jiwang!

p/s:its a gud article actually

The Freshie Beaute by Nikky said...

takot la nk bace ayat byk2 nih erin...nge2...tapi best la...tul gak mamat ni ckp, ko jiwang

pakchan said...

aaa aku sokong.
walaupun aku single tapi aku paham. yay to me~