salam
hai all
ari ni leh blk umah awal pkol 430..hoyeeaahhh..suke!!
sblm blk mmg dh berkire2 nak memasak mlm ni tp tak tau nak masak pe..
nak masak yg senang n sedap..ahaha
last2 terpikir tuk masak udang tumis petai je
b4 sampai umah singgah kedai runcit dekat umah tuk beli udang n patai
i bukan la seorg yg suke makan petai tp sbb kalo tak letak petai nnt tak sedap laaa pulak kan
so cekedout ni recepi nye
=====================================
Bahan-bahan ( satu hidangan )
- 20~30 ekor udang
- 3 papan petai buang kulit
- 3 ulas bawang putih (ketuk sahaja)
- 4 biji bawang merah (mayang kan)
- sedikit belacan
- air asam jawa 3 sudu besar (pekat)
- 1 senduk lada kering yang telah dikisar ( aku beli yg dah siap je kat kedai)
- 1 biji bawang besar hiris
- garam secukup rasa
- gula 3 sudu besar (secukup rase la ye)
- Ketuk bawang putih, potong mayang bawang merah dan sedikit belacan
- Panaskan kuali dan masukkan 5 sudu besar minyak masak untuk menumis.
- Tumis bahan-bahan no 1 tadi.
- Masukkan lada kisar dan air asam jawa.Biar naik minyak gune api sederhana je tau.
- Masukkan udang,petai,gula,garam.Kacau sebentar dalam 2 minit dan masukkan bawang besar hiris.Tutup api.
- Sedia dihidang bersama nasi putih, or dengan nasik lemak..nyum2
sila like :P
0 comments:
Post a Comment