salam
sejak2 kawen ni semakin rajin lak i memasak ek..sebab hubby suke tolong bab2 masak ni so i pon bersemangat ah nak masak..kalo snsorg nak masak mmg tak jd jugak rase nye ni
last day skolah ade buat makan..so i bercadang nak bawak trifle ni laa..tak penah buat ni 1st tyme nak try dgn dorongan dr sang hubby :p
ok nak share die nye recepi skit
===========================
Bahan-bahan ( satu hidangan )
- 1 tin susu cair
- 1 sd besar gula
- 4 sd besar tepung kastard
- 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
- 1 biji kek gulung sederhana saiznya (hijau cantik)
- 1 tin fruit cocktail - asingkan air dan buahnya
- 1 peket agar-agar jeli kristal Nona (merah cantik) - baru leh nampak lapisan die nnt :)
- 1 mangkuk air panas
skit je kan barang2 die..mudah je
so care nak sediakan nye
===================================
- Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
- Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat.
- Di dalam bekas kaca berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin dan boleh di tambah dengan buah strawberry or grape :))
- Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
- Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. Rata kan kastard.
- Untuk jeli, larutkan jeli di atas api bersama 400 air panas. Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
- nyuuummyyy :))
besok bwk g skolah n licin~ next tyme leh buat lagi ye sang hubby :')
sila like :P
0 comments:
Post a Comment